Isnin, 30 Mei 2016

Hijrah kerana Allah? Kau tau Perit Gila! Tapi, itulah yang sweet..

1:

Kau nak tak baca satu analogi yang aku buat ni? aku harap ini bukan sekadar penulisan beku.

Ada cerita:

Satu hari nama aku terpilih sebagai seorang yang akan menjalankan misi di sebuah hutan, okay ..misi ni sangat bahaya, tersilap langkah bukan bermakna kau dalam bahaya, tapi kau bakal kehilangan segala peluang besar yang akan datang, kerana orang yang tercalon mengikuti misi ini bukan calang2 orang , tapi hanya yang terpilih dan bertuah sahaja.... 

Okay than, waktu kau sertai misi ni, kau dan bberapa org lagi yang tercalon telah ditugaskan untuk membuat siasatn awal dengan hanya berlegar2 di udara dengn heli je di sebuah hutan yang di mitoskan sangat KERAS..dan kau pun dah tahu segala selok-belok apa yang kau kena lakukan, tapi malangnya kau tak sabar, kau terus ikut kepala kau, kau rasa kau betul, kau rasa ni lah peluangnya, kemudian sensorang kau je pergi buat kerja gila, kau terjun heli yang berkadar rendah dari tanah, So, kawan2 kau semua pakat balik dan tinggalkan kau yang bodoh nak ikut kepala sendiri kat hutan tu.. sebab? sebab kau rasa kau betul..

Maka dari situ bermula lah episode kebodohan kau, kat situ kau start di uji dengan macam2 perkara, ini bukan fiksyen macam dalam The Hunger Game, tapi ini fiksyen otak kau sendiri. Kau mula dikerumuni kesusahan sensorang kau kat situ, mana ngn bekalan makanan kau dah habis, kena ganggu lagi dengan makeluk2 halus seperti nyamuk dan sama waktu dengannya. Time tu kau sesal. kau menyesal sebb kau ikut kata kau sendiri, konon nak jadi yang terbaik, tapi jadi yang paling terburuk. Apa yang kau cuba cari tak dapat, tapi kesusahan yang datang. 

Akhirnya disebbakan kau selalu bertawassul dengan kabaikan yang kau buat dekat ketua kau, ketua kau ada rasa simpati 1% kat kau dan hntar kawan2 kau untuk datang selamatkan kau.  
Lepas kau dah selamat tu, kau trauma, kau jadi takut untuk nak buat sesuatu perkara yang mengikut kepala otak kau lagi bila terlibat dalam sesuatu misi , disebbakan kau ni orang yang hebat jugak, jadi kau selalu terpilih dalam menjalankan misi, even kau dah trauma, kau dapat semangat baru dari org2 sekeliling kau, Sekarang kau jadi yang terbaik dan kau dah jadi senior tahap 1st. Benda lepas kau ambik jadi pengajaran buat kau dan anak2 buah kau. 

Setiap ada je misi baru yang melibatkan org2 baru dalam bidang ni, kau mesti akan nasihat diorang sungguh2 sebb kau tak nak diorang rasa mcm apa yang kau rasa dulu. Tapi ada jugak segelintir yang tak nak dengar cakap kau, degil macam kulit durian dan akhirnya jadi macam kisah kau dulu sebijik. Sebab tu kalau boleh kau tak nak dah orang selepas kau jadi macam kau dulu, sebb kau tak nak diorang rasa apa yang kau rasa dulu.