Sabtu, 20 Ogos 2016

15/8/2016

Harini aku dan kawan2 bangun agak lewat lantaran semalam keletihan dengan pelaksaan hidup yang agak padat, bagi aku sendiri kelmarin sangat penat. Kelmarin, balik dari kelas , rushing masak (sebb tugas aku) kemudian solat and terus rushing ke Imarah Brunei  sebab nak buat tadribat untuk majlis haflah takharruj markaz lughah.  Huhu maafkan saya, panjang pula muqaddimah saya.
So, pagi tadi hanya tinggal 3 orang je dlm rumah sebb yang lain dah pergi. Kami pun berjalan lah dengan berharap ada trance datang, agak jauh juga kami berjalan dekat2 nak sampai kat jalan besar, ada satu tremco yg macam besar sikit hon kami. Kami pun naik la tramco lepas ammu tu cakap wahdah genih saja. Kadang2 aku suka survey siap2 harga tramco ni, sebab ada sesetengah ammu tu kalau nampak budak Malaysia kan, dia bajet cam budak Malaysia ni kaya. Dia letak harga wahdah nusf genih. Sakit hati jugak aku sebb aku dah bajet duit transport harian aku.  Tak pa lah dah selesai kami naik tramco ni, ada dua org laki dlm tu and pakcik tramco. Pakcik tu bukak ayat quran, macam biasa satu kelaziman yang bagus kat sini yang wajib di puji ni ialah mereka suka berhalwa telinga dengan ayat quran, kebanyakan kedai2 kat sini selalu pasang quran. Tapi tak kata jugak, ada ja yang suka bukak lagu kuat2, dah la lagu arab, faham2 je lah, rasa cam nk berjoget je kat situ..hahaha. ok maaf hambar.

Dah dua orang laki tu turun dari tramco, tinggal lah kami bertiga dengan pakcik tramco tu, tak pa lah hati aku tenang lah pagi tadi, dah la tak sempat nak baca 25 selawat pagi tadi. So aku baca selawat yang basic je lah.. waktu dua orang laki tu turun aku tengok la cara nak bukak pintu tu dari luar, maknanya kena sua tangan kat luar. Aku tak expect pun la yang pintu tu jenis mana jenis mana. Aku pun buat la tak heran malas nk ambik tahu. Tak lama lepas tu kami pun sampai la depan babur rais iaitu pintu utama jamiah al azhar.

Kebetulan kawan aku yang comel tu duk tepi pitu. Gelabah cari tempat tarik lock pintu kat mana dari dalam, duk time tu la ada sorang pelanggan ammu jugak naik duk depan, dh tua dah, tapi nampak macam nk rushing je ammu tu,. Kawan aku sua tangan dia kat luar, dah pegang dah lock pintu tapi tak reti nk bukak camna, masa jadi lama nk bukak pintu saja pun. Tetiba ammu driver tu naik hot jadinya. Dia duk maki2 apa tak tau, muka cemberut baq hang. Lastly aku yang bukak pintu tu, sebenaqnya kat lock tu ada punat bulat tapi kawan aku tak expect pun benda tu boleh bukak pintu, tu yang dia pegang ja lock tu nak tarik2 as normal kereta tak boleh2,,haha pastu dah Berjaya bukak time nk turun tu ammu driver tu maki “HARRAM ALAIK” . muka ketat gila, nasib aku tutup muka, kalau tak aku pun tarik muka jugak kat ammu tu..hmm.. sumpah hancus mood aku sat. sabaq je la. Nasib masuk kelas ada kawan2 yang menceriakan. So tak ada la nak ingat2 sangat ammu tu, tapi sumpah aku akan ingat muka ammu tu.

Hihihi.