Khamis, 21 Januari 2016

BSN " Menggapai Kehidupan Yang Lebih Baik" :)


Assalamualaikum, catatan pagi Jumaat yang berkat ni..
ha nampak kan gmbaq apa tu? BSN "menggapai kehidupan yang lebih baik" haha..
aku bukan nk cerita pasai slogan depa ni, bukan jugak nk cerita pasai BSN, tapi aku nk cerita pasai apa yg terjadi waktu aku p BSN haritu ni..dalam dua hari lepas..


Waktu tu pukul 3.30ptg aku, abah, and adik aku umuq 5taun kami keluaq rumah, abah kebetulan ada kerja, aku ajak la abah p BSN, nk p beli Pin UPU k.. bukan nk ambik  br1m sbb lani time ambik br1m, and then,, dah smpai BSN tu aku pon msuk la..ambik no giliran pa lepas isi borg p la duduk..lama gak la..waktu aku sampai tu baru giliran 1116..aku dapat no 1123.. abah p beli barang sikit, tinggai la aku kat situ sensorang tanpa family..huhu :'( dah la aku 1st time masuk BSN, cuak la sket..bayangkanlah betapa fullnya bank tersebut sbb time ambik br1m, dr yg bby smpai la warga emas yg bertongkat pon ada..

Ok .. sebelum aku isi borg tu, aku p tnya pegawai wanita segak molek kat kaunter tepi cermin tu pasai nk ambik upu kt kwn sekali boleh dak? dia kta boleh tapi dgn syarat no ic kawan tu betoi.. aku pon p la duduk kat seat line dua..baq hang aku tunggu lama..dah la ceqing aku sensorg yg pakai furdah..hehe ngn hitam smua, (pakai hitam sbb rasa selesa, walaupon panaih panaih ni).. yang len paham2 la..pakaian akhir zaman, mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada depa ni,, amien.. 

Duk tunggu tu aku tgok la mcm2 ragam, kesian la rakyat Malaysia ni,,terpaksa ambik br1m sbb kehidupan yg sempit oleh sifat pemimpin yg boros ni.. tengok la smapai yg bertongkat tua pon mai jugak,,,mai la nak duit,,at least boleh la sara hidup depa dr duk saja j.. Mmm.. tak taw lah,,klu nk mengeluh pasai ekonomi rakyat Malaysia ni mcm angin hat p mana hala... tak jadi pa.. uish beletiaq pulak aku..heheh pastu kan,, duk lama aku tunggu tu aku mesej la kawan mintak no ic..dia tak balaih2. susah hati la jugak sbb aku janji gn dia aku akn tolong dia,,. aku bukn apa, ni dah 1118 dah.nk dkat no aku dah... duk sat tu dlm pukui 4 kawan aku balaih, dia minta maaf sbb tk balaih, dia bru balik sekolah, dia ambik STAM.. tak pa lah..aku pon cepat2 p la kat meja kaca paras dada yg depa lekat tepi dinding tu nk ambik n isi borg upu satu lagi.. aku bngun j tak dak tempat duduk dah.. maka berdirilah aku lonely kat tepi dinding tu.. T_T

Ha cerita dia mula tang ni laa..
duk ralit2 aku isi borang tu, sedaq tak sedaq ada la sorg anak muda ni mai ngn mak dia, ambik br1m jugak.. besa la orang kampung,, mak dia mana la nk mahiaq bab2 masuk tempat cam bank ni..agak jakun la sikit..sikit ja,, anak muda ni pun masuk la p kt meja kaca tu ambik borang n isi, time dia tgh isi tu aku dah selesai aku pon kalih la depan , keqanya aku tak tgok belkang laa.. dia duk belakang aku gn mak dia,, anak muda tu duk bt cakap kuat2 kat mak dia,,tapi aku mcm tak berapa nk perasan, so aku sekilas j kalih belakang tgok dia ngn mak dia.. mak dia ni tersenyum terkulat2 j aku tngok.. 


Duk sat tu,, tetiba aku dengaq dia jerkah mak dia "Ish mak ni, org suruh pi cari tempat duduk, duk tang ni buat pa lagi, p la lekaih, stgi tak dak tempat,,hish mak ni, tengok tu dah ada org duduk, p la duduk, duk kalut pa tak taw".. kuat kot dia cakap smpai tunjuk tempat duduk kat depan yg baru j ada org duduk tu..lebih kurang camtu la dia ckp, duk sat tu ada org bangun kt tempt dpn tu, cepat2 mak dia p duduk,,macam takut kat anak dia.. kesian dowh mak dia, orang semua tengok kot,, tetiba ak rasa sebai..bolehla nak beletiaq dlm hati.. ish sampai hatinya dia buat cmtu kt mak dia, mak dia senyum j.. dah la mak dia tu dah warga emas kot.. 

Aku tgok dia ataih bawah lepaih mak dia duduk tu dia pon p la depan aku (jauh la jugak dari aku, kira2 dua meter) sbb seat mak dia duk tu kat depan, dia tak duduk sbb tak dak tempat, lama la jugak aku duk scan dia dari pandangn aku, wajahnya tak la berapa hensem (Allah dh created camtu, so no complained about his figure) bibir dia hitam, i know his smoking.. kuku dia panjang, dia pakai sweatr yg tak tebai tu gn seluaq jeans.. as usual, pakai mcm anak muda zaman skrg .. rambut dia di jel sikit tercacak ..so, aku pantas menghukum: "Orang Kampung yg tak berakhlak" ..

Aku taw la niat dia baik, nak bantu mak dia dapat duit br1m, aku agak la mungkin dia dah besa cakap kuat2 gn mak dia, kasaq ngn mak dia,, tapi hormat la suasana tu,, maruah mak dia tercalaq taw dak..aku rasa la...aku sedih la anak muda tu sanggup jerkah mak dia,,memang la mak dia tak kata apa..ish tak taw la aku nak kata.. mungkin kurang didikan kot, tapi org yg berpendidikan pon kalau dengn mak pon buat lebih kurang,,aku pon selalu j bebai gn mama aku, btw, aku akan buat baik balik sebagai tebusan dan doakn supaya mama abah aku selalu di rahmati Allah SWT.. tapi aku akn ambik iktibar dari perkara ni supaya lebih menghargai parents yg aku ada ni..

Mama Abah.. depa la permata hati pengarang jantung intan payung dalam kehidupan aku..tak dak org len dah yg boleh bagi aku sebesar2 pengorbanan dah kasih sayang dalam segala bentuk dan cara selain Nabi Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.. selalulah doakan kebahagian mereka dalam doa2 kita.. 

Benarlah sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم:

ANTARA TANDA -TANDA AKHIR ZAMAN

" Daripada Ali bin Abi Thalib R.A, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu, apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, zakat dijadikan hutang, suami memperturutkan kehendak isteri, anak derhaka kepada ibunya sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya, ia suka menjauhkan diri kepada ayahnya, suara sudah ditinggikan di dalam masjid, yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, khamar sudah diminum di merata tempat, kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki, para artis disanjung-sanjung, muzik banyak dimainkam dun generasi akhir umat ini melaknati (mengalahkan) generasi pertama (sahabat).”

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan tersebut.. Amien.. 
Ambillah iktibar dari setiap apa yang kita lihat, kerana dari setiap apa yang kita lihat merupakan tanda kekuasaan Allah dan kasih sayang Allah kepada kita.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan