Khamis, 18 Februari 2016

TAWAKKAL

Hadits dari Umar Ibn Al-Khaththab Radhiyallahu 'anhu,
bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, maka Allah akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Dia terbang di pagi hari dalam keadaan perut yang kosong dan kembali dalam keadaan perut yang penuh."
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Al-Baghawi, Abdullah Ibn Mubarak, dan Abu Dawud)

Aku buntu, 
dua hari lepas aku dapt berita dari dia bahawa permohonan aku telah ditolak, dia selit sedikit nota, insyaAllah aku dapat rezeki dari arah lain,
sebagai seorang insan biasa, jujur aku katakan: aku seperti hilang arah tujuan,,berada di awangan..makin aku rasa, menuntut ilmu ini merepukan satu
perjuangan yang sangat besar,, how sad i am.. Tetiba aku rasa TUHAN tidak adil pada aku..aku jadi hilang arah tujuan.. fikiran aku tidak terlepas dari terpikirkan 
hal ini,, walaupun sedikit gangguan membuatkan aku separuh gila,,bagaikan melepaskan hajat bukan pada tempatnya,,sangat tidak kena dan tidak patut!
sering aku terpikir..bilakah bakal tiba habuan aku???, aku tertanya, tambahan aku jadi buntu bila abah menyuarakan pada aku tempoh hari yang abah juga turut buntu kerana bila tiba masaku abah
tiada projek langsung,,malahan wang turut dihabiskan untuk keperluan sehari harian.. betapa buntunya aku.. Aku selalu meyakinkan hati aku setelah menangis  kegilaan yang
Allah sengaja nk press aku sebab suatu hari nnti aku bakal mengubah dunia..ini janjiku..! Aku menjadi runsing bila kesulitan yang aku rumitkan dalam fikiran tidak
pernah selesai,, aku cari jalan penyelasaian tapi tidak tahu pangkal hujungnya..how stress i am.. Ya Allah.. bila nk tidur saja, pasti air mata akan mengalir,, wallahi
fikiran aku asyik terfikir tentang ini.. aku ada memohon YINK, tapi belum di hantar borangnya.. debaran setiap hari di rasakan, YINK hanya memilih org sahaja untuk diberikan
pinjaman, kalaulah YINK tak dpat, aku tak tahu lah nak buat macam mana.. Tapi aku selalu cantas fikiran aku dengan pantas bila aku kata kalau, sebab kalau tu seolah olah membuka
kepada pintu Syaitan,,aku tetap menaruh harapan dan keyakinan kepada Allah.. Allah betul betul nak aku merasai perjuangan,,sebelum pergi menuntut ilmu pun Allah dah uji aku dah..
hati aku cepat sangat terusik selagi aku belum dapat jawapannya,, setiap hari aku menangis, memohon pada Allah..tolonglah Aku.. Setiap hari aku pasang janji dengan keazaman, suatu 
hari nanti aku akan bantu pelajar2 yang nk pergi belajar dari segi kewangn, nasihat dan sebagainya selagi aku mampu, terutamanya adik beradik keluarga aku sendiri, sebolehnya aku tak
mahu mereka rasai seperti apa yang aku rasai sekarang,, aku janji aku akan bantu mereka walaupun sedikit dengan izin Allah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan